Tuesday, 16 June 2015

Pembantu Pegawai Farmasi

PAUTAN DIPLOMA PEMBANTU FARMASI

  • Kurikulum Latihan Pembantu Farmasi
  • Kelayakan Untuk Memohon
  • Perlantikan ke Skim Perkhidmatan
  • Ikatan Perkhidmatan
  • Prospek Kerjaya
  • Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Cara Memohon

PEMBANTU FARMASI
Kerjaya Penolong Pegawai Farmasi merupakan pasukan yang bertanggungjawab dalam penjagaan kesihatan yang membantu memberi perkhidmatan penjagaan farmaseutikal kepada pelanggan di bawah penyeliaan Pegawai Farmasi.


DESKRIPSI TUGAS
Penolong Pegawai Farmasi akan diditempatkan di Hospital dan di Klinik Kesihatan Kerajaan. Seorang Penolong Pegawai Farmasi yang telah terlatih akan menjalankan tugas-tugas seperti berikut:

  • Menginden, menerima, menyimpan dan mendispen ubat-ubatan di perkhidmatan kaunter farmasi.
  • Menyediakan/membancuh persediaan ubat-ubatan perubatan
  • Menyediakan dan membekal persediaan farmaseutikal ke wad dalam perkhidmatan wad farmasi/satelit farmasi

KURIKULUM LATIHAN PEMBANTU FARMASI
Tempoh latihan : 3 tahun (6 semester) meliputi subjek seperti berikut:-
  • Kimia
  • Biologi
  • Fisiologi
  • Farmaseutik
  • Farmakolgi
  • Keselamatan & Kesihatan Perkerjaan
  • Pengenalan Amalan Farmasi
  • Mikrobiologi Asas
  • Kemahiran Teknikal Farmasi
  • Sains Tingkahlaku
  • Mikrobiologi Farmaseutik
  • Bahasa Inggeris

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON
A.   Syarat-Syarat  Asas Skim Perkhidmatan
Pemohon hendaklah terdiri daripada:
  • Warganegara Malaysia
  • Lelaki/Perempuan (belum berkahwin)
  • Umur antara 17-25 tahun pada tarikh permohonan
  • Kelayakan:
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    • SPM Mengikut Sistem Terbuka-Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.
      • lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
      • lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
      • memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
B.   Syarat-Syarat  Keutamaan Pemilihan
  • Lulus dengan 2 kredit di dalam mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris serta Lulus dalam 2 mata pelajaran lain.
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon-calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan

PERLANTIKAN KE SKIM PERKHIDMATAN
Nama Jawatan: Penolong Pegawai Farmasi
Taraf Jawatan : Tetap
*Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia yang tamat latihan dengan jayanya akan dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29, tanggagaji (tertakluk pada perubahan semasa)

Tangga gaji :
Gred           Minimum                     Maksimum
U29        RM 1160.69(P1T1)            RM 3057.39
U32        RM 1959.29(P1T1)            RM 3656.38
U36        RM 3057.36(P1T1)            RM 4521.51
U38        RM 3778.83((P1T1)          RM 4943.49
U40        RM 4444.33(P1T1)            RM 5642.23

Elaun/Imbuhan Tetap :
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM160
Imbuhan Tetap Perumahan        RM180
Elaun Sara Hidup (COLA)*
*Mengikut wilayah bertugas      RM100/RM200/RM300


IKATAN PERKHIDMATAN
Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia diwajibkan berkhidmat dengan Kerajaan bagi tempoh 4 tahun.


PROSPEK KERJAYA
Mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang Pembantu Farmasi  yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Setelah 5 tahun berkhidmat dengan kerajaan anda boleh memohon untuk mengikuti kursus lanjutan ke peringkat ijazah di universiti tempatan. Seterusnya anda berpeluang dinaikkan ke gred jawatan yang lebih tinggi.

INSTITUSI LATIHAN KKM
1.         Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh, Selangor. (Dipindah ke KSKB SAS pada 2015)
2.         KSKB Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak.


CARA MEMOHON
i) Permohonan secara online (Borang SPA8i) di laman http://www.spa.gov.my/ Permohonan adalah berdasarkan “Sistem Mengambil Sepanjang Masa” (SMSM). Tempoh sah laku permohonan adalah satu tahun.
ii) Status permohonan lengkap yang telah didaftarkan boleh disemak oleh pemohon melalui laman http://www.spa.gov.my/
iii) Sebarang maklumat dan pertanyaan berkenaan permohonan boleh menghubungi:


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas,
Aras 7, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA
Tel :03 - 8885 6254/ 6264/ 6296



Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Urusetia Cawangan Sabah
Aras 1, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS/Sulaiman, Likas,
88450 Kota Kinabalu, SABAH
Tel :088 - 488922


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Urusetia Cawangan Sarawak
Tingkat 10, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93520 Kuching, SARAWAK
Tel : 082 - 240011