PAUTAN DIPLOMA PEMBANTU FARMASI
- Kurikulum
Latihan Pembantu Farmasi
- Kelayakan
Untuk Memohon
- Perlantikan
ke Skim Perkhidmatan
- Ikatan
Perkhidmatan
- Prospek
Kerjaya
- Institusi
Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
- Cara
Memohon
PEMBANTU FARMASI
Kerjaya Penolong Pegawai Farmasi merupakan pasukan yang
bertanggungjawab dalam penjagaan kesihatan yang membantu memberi perkhidmatan
penjagaan farmaseutikal kepada pelanggan di bawah penyeliaan Pegawai Farmasi.
DESKRIPSI TUGAS
Penolong Pegawai Farmasi akan diditempatkan di Hospital dan
di Klinik Kesihatan Kerajaan. Seorang Penolong Pegawai Farmasi yang telah
terlatih akan menjalankan tugas-tugas seperti berikut:
- Menginden, menerima, menyimpan dan mendispen ubat-ubatan di perkhidmatan kaunter farmasi.
- Menyediakan/membancuh persediaan ubat-ubatan perubatan
- Menyediakan dan membekal persediaan farmaseutikal ke wad dalam perkhidmatan wad farmasi/satelit farmasi
KURIKULUM LATIHAN PEMBANTU FARMASI
Tempoh latihan : 3 tahun (6 semester) meliputi subjek
seperti berikut:-
|
|
KELAYAKAN UNTUK MEMOHON
A. Syarat-Syarat Asas Skim Perkhidmatan
Pemohon hendaklah terdiri daripada:
- Warganegara
Malaysia
- Lelaki/Perempuan
(belum berkahwin)
- Umur
antara 17-25 tahun pada tarikh permohonan
- Kelayakan:
- Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
- SPM
Mengikut Sistem Terbuka-Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM
mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang
mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan
tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu
sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem
terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.
- lulus
enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata
pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus
dalam satu peperiksaan; atau
- lulus
enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata
pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus
yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun
berturut-turut; dan
- memenuhi
syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek
tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
B. Syarat-Syarat Keutamaan Pemilihan
- Lulus
dengan 2 kredit di dalam mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris serta
Lulus dalam 2 mata pelajaran lain.
- Mempunyai
kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan
yang boleh menyebabkan calon-calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas
tamat latihan
PERLANTIKAN KE
SKIM PERKHIDMATAN
Nama Jawatan: Penolong Pegawai Farmasi
Taraf Jawatan : Tetap
*Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia yang tamat
latihan dengan jayanya akan dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred
U29, tanggagaji (tertakluk pada perubahan semasa)
Tangga gaji :
Gred Minimum Maksimum
U29 RM 1160.69(P1T1) RM 3057.39
U32 RM
1959.29(P1T1) RM 3656.38
U36 RM
3057.36(P1T1) RM 4521.51
U38 RM
3778.83((P1T1) RM 4943.49
U40 RM
4444.33(P1T1) RM 5642.23
Elaun/Imbuhan Tetap :
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM160
Imbuhan Tetap Perumahan RM180
Elaun Sara Hidup (COLA)*
*Mengikut wilayah bertugas RM100/RM200/RM300
IKATAN PERKHIDMATAN
Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia diwajibkan
berkhidmat dengan Kerajaan bagi tempoh 4 tahun.
PROSPEK KERJAYA
Mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan bagi meningkatkan kemahiran
dan pengetahuan dalam bidang Pembantu Farmasi yang dianjurkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Setelah 5 tahun berkhidmat dengan kerajaan anda boleh memohon untuk mengikuti kursus lanjutan ke peringkat ijazah di universiti tempatan. Seterusnya anda berpeluang dinaikkan ke gred jawatan yang lebih tinggi.
INSTITUSI LATIHAN KKM
1.
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh,
Selangor. (Dipindah ke KSKB SAS pada 2015)
2.
KSKB Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak.
CARA MEMOHON
i) Permohonan secara online (Borang SPA8i) di laman http://www.spa.gov.my/ Permohonan adalah berdasarkan “Sistem Mengambil Sepanjang Masa” (SMSM). Tempoh sah laku permohonan adalah satu tahun.
ii) Status permohonan lengkap yang telah didaftarkan boleh disemak oleh pemohon melalui laman http://www.spa.gov.my/
iii) Sebarang maklumat dan pertanyaan berkenaan permohonan boleh menghubungi:
i) Permohonan secara online (Borang SPA8i) di laman http://www.spa.gov.my/ Permohonan adalah berdasarkan “Sistem Mengambil Sepanjang Masa” (SMSM). Tempoh sah laku permohonan adalah satu tahun.
ii) Status permohonan lengkap yang telah didaftarkan boleh disemak oleh pemohon melalui laman http://www.spa.gov.my/
iii) Sebarang maklumat dan pertanyaan berkenaan permohonan boleh menghubungi:
Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian
Pengambilan Khas,
Aras 7, Blok
C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA
Tel :03 -
8885 6254/ 6264/ 6296
Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia
Urusetia
Cawangan Sabah
Aras 1, Blok
A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan
UMS/Sulaiman, Likas,
88450 Kota Kinabalu,
SABAH
Tel :088 -
488922
Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia
Urusetia
Cawangan Sarawak
Tingkat 10,
Bangunan Sultan Iskandar
Jalan
Simpang Tiga
93520
Kuching, SARAWAK
Tel : 082 -
240011